MEALX Industries ialah pengeluar makanan berasaskan teknologi retort yang menyediakan perkhidmatan OEM, ODM dan pembuatan kontrak untuk jenama makanan, restoran, peruncit dan syarikat yang ingin membangunkan produk Ready-to-Eat dan Ready-to-Cook.
Daripada pembangunan resipi dan ujian produk sehingga pengeluaran komersial dan pembungkusan, kami membantu membawa idea produk anda ke pasaran.
Kemudahan pengeluaran MEALX Industries dibangunkan untuk menyokong pengeluaran makanan secara konsisten, selamat dan berskala komersial.
Kami menyediakan beberapa model kerjasama berdasarkan tahap pembangunan produk dan keperluan perniagaan anda.
Sesuai untuk jenama yang telah mempunyai resipi atau formulasi sendiri dan memerlukan rakan pengilang untuk menghasilkan produk secara komersial.
Pasukan kami membantu daripada pembangunan formulasi, percubaan produk dan ujian rasa sehingga produk bersedia untuk pengeluaran.
Sesuai untuk syarikat yang ingin memasarkan produk di bawah jenama sendiri dengan proses pembangunan yang lebih ringkas.
Jika mana-mana ini menggambarkan situasi anda, kami boleh bantu.

Untuk jenama yang ingin melancarkan produk baharu, menambah kapasiti pengeluaran atau memperluaskan rangkaian produk.

Tukarkan menu popular atau signature dish anda kepada produk yang boleh dipasarkan secara lebih meluas.

Untuk pasar raya, kedai serbaneka dan peruncit yang ingin membangunkan produk di bawah jenama sendiri.

Bangunkan produk yang sesuai untuk pasaran tempatan atau peluang eksport ke pasaran antarabangsa.
Kami bukan sekadar menghasilkan produk. Kami membantu mengurus proses pembangunan daripada peringkat idea sehingga pengeluaran komersial.
Pembangunan dan penyesuaian resipi berdasarkan rasa, kos, sasaran pasaran dan keperluan produk.
Pemprosesan retort untuk kestabilan rak tanpa penyejukan — sesuai untuk pengedaran nasional & eksport.
Pengeluaran di kemudahan yang mempunyai pensijilan Halal JAKIM.
Model kerjasama yang fleksibel mengikut tahap pembangunan produk dan keperluan perniagaan anda.
Keupayaan pengeluaran untuk menyokong pertumbuhan daripada kuantiti permulaan sehingga pesanan berskala lebih besar.
Cadangan format, saiz dan jenis pembungkusan berdasarkan kesesuaian produk dan pasaran.
Keupayaan kami merangkumi pelbagai kategori makanan untuk kegunaan pengguna, peruncitan, F&B dan institusi. Kami turut menyediakan penyelesaian untuk aktiviti outdoor & travel, keperluan institusi, dan misi bantuan kemanusiaan — hubungi kami untuk bincang idea produk anda.

Bawang blend, cili blend, halia blend dan serai blend — bahan asas tumisan siap guna untuk pelbagai masakan.

Sambal tumis, sambal belacan, sambal hijau dan variasi sambal khas mengikut resipi jenama anda.

Base rempah, paste kari, dan kuah pekat siap guna untuk pelbagai masakan.

Lauk-pauk tunggal — rendang, masak merah dan lain-lain — tanpa nasi, untuk fleksibiliti hidangan.

Pelbagai variasi nasi goreng siap masak dalam format retort, siap panas dalam minit.

Hidangan pasta siap sedia berserta sos pilihan, sesuai untuk pasaran domestik & eksport.

Nasi putih atau nasi minyak berserta lauk-pauk lengkap dalam satu pek siap makan.

Set lengkap makanan kecemasan (MRE) siap untuk bantuan bencana, tentera dan agensi kerajaan.
Kami memahami jenis produk, sasaran pasaran, keperluan produk, anggaran kuantiti dan objektif perniagaan anda.
Kami mencadangkan skop pembangunan, spesifikasi awal, MOQ dan anggaran kos berdasarkan keperluan projek.
Pasukan kami membangunkan atau menyesuaikan formulasi sebelum menyediakan sampel untuk penilaian.
Produk melalui proses penilaian rasa, tekstur, pembungkusan dan spesifikasi sebelum mendapat kelulusan pelanggan.
Selepas semua spesifikasi dipersetujui, produk akan dijadualkan untuk pengeluaran, pembungkusan dan penghantaran.
Sebelum kami buatkan untuk orang lain, kami buktikan pada diri sendiri. KEMBARA Meals ialah jenama pengguna yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh MEALX Industries — bukti keupayaan kami membangunkan produk daripada peringkat formulasi dan pengeluaran sehingga pembungkusan, pemasaran dan pengkomersialan. Produk sebenar, pengalaman pasaran sebenar.










Aksesori
Produk makanan tahan lama mempunyai peranan yang penting apabila akses kepada dapur, penyimpanan sejuk atau makanan segar adalah terhad. Produk dan penyelesaian makanan kami telah digunakan dalam pelbagai program, operasi dan misi bantuan termasuk bantuan mangsa banjir, program bersama PDRM, program bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, sokongan makanan untuk hospital semasa COVID-19, program bersama Yayasan CIMB, dan keperluan makanan berkaitan perjalanan Haji. Pengalaman ini membantu kami memahami keperluan sebenar produk makanan yang praktikal, mudah disimpan dan mudah disediakan.
Pek makanan KEMBARA disalurkan sebagai bantuan kepada mangsa banjir melalui kerjasama dengan Yayasan Sultan Ibrahim, Istana Johor.

Produk KEMBARA turut digunakan oleh anggota Polis Diraja Malaysia untuk keperluan bekalan makanan operasi.
Bekalan makanan siap sedia KEMBARA turut dikeluarkan khas berjenama untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kegunaan operasi kecemasan.

Pek makanan siap sedia KEMBARA disalurkan kepada barisan hadapan hospital semasa tempoh pandemik COVID-19.

Kerjasama menyalurkan bekalan makanan siap sedia KEMBARA bersama Yayasan CIMB Bank untuk inisiatif bantuan komuniti.

Produk KEMBARA turut dibekalkan sebagai makanan siap sedia untuk jemaah Haji Malaysia sepanjang tempoh ibadah.
Kemudahan pengeluaran MEALX Industries mempunyai pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


MOQ bergantung kepada jenis produk, berat setiap pek, pembungkusan dan spesifikasi pengeluaran. Hubungi pasukan kami untuk cadangan MOQ yang sesuai dengan projek anda.
Tempoh bergantung kepada tahap pembangunan resipi, jumlah percubaan dan keperluan projek. Projek yang memerlukan R&D biasanya mengambil masa lebih lama berbanding produk yang telah mempunyai formulasi lengkap.
Ya. Sampel boleh disediakan sebagai sebahagian daripada proses R&D dan pembangunan produk.
Ya. Kami boleh menghasilkan produk berdasarkan resipi anda atau membantu menyesuaikan formulasi supaya lebih sesuai untuk pengeluaran komersial.
Ya. Pasukan R&D kami boleh membantu membangunkan formulasi berdasarkan idea, jenis produk dan sasaran pasaran anda.
Ya. Keperluan produk eksport akan dinilai berdasarkan negara destinasi, spesifikasi produk, pembungkusan dan keperluan dokumentasi.
Pilihan pembungkusan bergantung kepada jenis produk, proses pengeluaran, berat dan sasaran pasaran. Pasukan kami boleh mencadangkan format yang sesuai.
Ya. Pengeluaran dilakukan di kemudahan MEALX Industries yang mempunyai pensijilan Halal JAKIM.
Ceritakan kepada kami tentang produk yang ingin anda hasilkan.
Pasukan kami akan menilai keperluan projek anda dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai dari segi pembangunan produk, MOQ, pembungkusan dan pengeluaran.